DM duit minyak motor, netizen ingin tahu ‘part 2’ selepas PM 10 minta nombor akaun

1042

Tidak dapat dipastikan adakah perkongsian pengguna TikTok ini adalah ‘prank’ mahupun benar dia menghantar mesej ke Instagram Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu.

Menerusi video pendek @jijikeo itu, dia berkongsi paparan DM Instagram ke akaun Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kapsyen “duit tinggal 4 ringgit je ni.” 

@jijikeo

duit tinggal 4 ringgit je ni. #pru15 #fypシ #anwaribrahim #pakatanharapan #dsai

♬ original sound – Jiji keo – Jiji keo



Dia menghantar mesej suara yang berbunyi, “Datuk boleh tak gaji yang datuk potong tu bagi ke saya sikit. Sebab saya tiada duit datuk nak isi minyak nanti 7hb saya bayar balik.”

Video berkenaan mencuri perhatian warga TikTok apabila Anwar Ibrahim membalas DM tersebut dengan meminta nombor akaun.

Bahkan, mereka juga tidak sabar untuk mengetahui bahagian seterusnya yang berlaku adakah lelaki berkenaan menerima wang dan jumlah yang didapati.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut kerana difahamkan ada aplikasi suntingan untuk membuat video sedemikian selain menganggap mesej itu dibalas  admin mengendalikan Instagram berkenaan.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here