Tak puas hati kena hon, lelaki pecahkan cermin kereta X50

877

Gara-gara dihon, seorang lelaki bertindak luar kawalan menumbuk dan memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan helmet dalam kejadian di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Cheras, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, klip video kejadian tular di Facebook sekitar jam 8.30 pagi tadi. 



Video tersebut memaparkan kejadian cermin kereta dipecahkan dengan menggunakan topi keledar berhampiran sebuah lampu isyarat.

“Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9.39 malam, kelmarin.

“Pihak kami telah menerima laporan berhubung kejadian ini dan sehingga kini beberapa orang saksi telah dirakam percakapannya,” katanya..

Menurut Zam Halim, suspek bertindak demikian kerana dihon mangsa sewaktu dirinya melanggar lampu isyarat.

Rentetan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian tersebut.

Baru baru ini, tular satu klip video dipercayai seorang lelaki yang berang menumbuk cermin sebuah kenderaan lalu memecahkannya menggunakan topi keledar.

Mangsa mendakwa membunyikan hon kepada lelaki itu kerana memotong lampu isyarat merah lalu masuk ke laluan digunakannya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here