Abang Viva kembali bantu mangsa banjir, tetapi mohon maaf pada rakyat Kelantan

959

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar kembali membantu mangsa banjir namun kali ini Azwan menggunakan trak pikap Mitsubishi Triton yang diberikan usahawan kosmetik Januari lalu.

Menerusi perkongsian di akaun Facebooknya dia memulakan bantuan misi banjir ke Terengganu. Pagi tadi Abang Viva berkongsi tiba di Kampung Paya Besar, Kuala Berang pada malam semalam.



Misi menyelamat tersebut selesai pada jam 2.30 pagi dan dia juga memohon maaf kepada rakyat Kelantan kerana tidak dapat menuju ke negeri tersebut.

“Kami mohon maaf sangat-sangat sebab tak dapat turun Kelantan sebab jalan banyak tutup,” tulisnya.

Azwan juga berkongsi misi bantuan mangsa banjir kali ini sedikit mencabar kerana hujan yang berterusan.

“Misi kali ni agak mencabar dengan keadaan hujan berlarutan, air deras, kedalaman air banjir dan enjin boat yang tak beri kerjasama,” kongsinya.

Status terakhirnya hari ini berkongsi menuju ke Berang ke Jertih pada jam 2 petang. Dia juga memaklumkan menerima informasi terdapat beberapa keluarga terkandas di lokasi tersebut.

Selain itu, dia juga membuka tabung dana bagi individu yang ingin menyalurkan sumbangan menerusi akauan persatuan Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here