Banjir: 38 jalan di enam daerah Kelantan ditutup untuk laluan kenderaan

979

Sebanyak 38 jalan termasuk laluan Kota Bharu ke Kuala Terengganu ditutup untuk laluan kenderaan selepas ditenggelami banjir.

Menurut portal ebanjir kelantan  setakat jam 10 pagi tadi beberapa jalan di enam daerah di Kelantan ditutup melibatkan Pasir Puteh, Pasir MAs, Tanah Merah, Tumpat, Machang dan Kuala Krai. 



Lapan jalan di daerah Pasir Puteh ditutup kepada kenderaan yang melibatkan Jalan Pasir Puteh – Gong Kelih; jalan pasir puteh – semerak; Jalan Banir Belikong-Tasik Pauh; Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu; jalan klinik; Jalan Pasir Puteh – Semerak dan Jalan Pasir Puteh-Jelor.

Sementara di Kuala Krai melibatkan laluan Jalan Sungai Durian-Chenulang; Jalan Jirat; Jalan masuk ke Kg. Baru Pahi dan Jalan Bukit Sireh/Kg. Bedal/Kuala Nal.

Tiga jalan di Tanah Merah iaitu Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh, Jalan Kampung Paloh-Bukit Panau-Bendang Nyior dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang sudah ditutup.

Selain itu, Jalan Nal Station dan jalan masuk ke Kampung Baru Pahi ditutup di Kuala Krai.

Berikut senarai laluan yang ditutup untuk makluman pengguna jalan raya sehingga jam 10:18 pagi:

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here