#Tips: Sebelum pasang kotak bumbung, perhatikan 6 langkah ini..

1078

Pemasangan kotak bumbung memberikan ruangan simpanan tambahan buat pemilik kenderaan terutamanya MPV.

Bagaimanapun, apabila pemilik ingin memasang kotak bumbung sebenarnya perlu perhatikan beberapa perkara bahkan tidak semua kenderaan sesuai untuk pemasangan.

Sebelum memutuskan untuk memasangnya, perhatikan beberapa hal berikut ini.



1. Perlu Adanya Roof Rack

Sebelum pemasangan bumbung kotak seharusnya memiliki roof rack. Komponen berkenaan memegang kotak simpanan di atas bumbung. 

Sebahagian kenderaan sudah disediakan dengan rack bumbung misalnya kenderaan SUV.   Tetapi, bagaimana jika kereta yang tidak didatangkan dengan rel bumbung?. Tentunya anda perlu melakukan modifikasi bagi pemasangan komponen itu.

2. Kenali Jenis Roof Rack

Jika kereta anda tiada rel bumbung, sebenarnya boleh menggunakan roof rack atau rel bumbung selepas pasaran.

Ada dua jenis pemasangannya rel bumbung sama ada dril atau melekatkan komponen itu di tulang atap. Dua-duanya memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing, untuk itu kebijaksanaan anda diperlukan bagi memutuskan pilihan sesuai keperluan dan kemampuan kenderaan.

3. Perhatikan Muatan Maksimum Kenderaan

Sebelum memilih roof rack dan kotak bumbung, terlebih dahulu fahami muatan maksimum yang boleh dibawa oleh kenderaan anda.

Berat muatan maksimum yang dibolehkan berbeza mengikut kenderaan, untuk kendaraan Pajero Sport misalnya berat muatan yang dibolehkan kotak bumbung adalah 80kg (termasuk berat kotak bumbung dan roof rack).

Apabila berat barangan melebihi had yang dibolehkan akan mengurangi faktor keselamatan dan keselesaan pengendalian selain menyebabkan kemek pada atap.

4. Pilih Material dan Bentuk Kotak Bumbung

Jika roof rack sudah dipasang langkah seterusnya adalah memilih kotak bumbung. Pemilik haruslah melihat material plastik kerana ketahanan dengan perubahan cuaca dan iklim.

Perhatikan juga rekaan atau bentuk kotak bumbung yang sesuai dengan rekaan bumbung kereta kerana akan memberi kesan kepada aerodinamik, keselamatan serta keselesaan pemandua ketika kelajuan tinggi. 

Jika ukuran dan bentuk tidak sesuai boleh membahayakan pemandu dan penumpang karena kereta akan menjadi tidak stabil. Pilihlah berat yang tidak terlalu membebankan kenderaan kurang lebih sekitar 10kg.

Selain itu, perhatikan juga saiz kotak bumbung dan tinggi ideal kotak bumbung sekitar 35-45cm dan lebar 90-95 cm.

5. Teliti Cara Pemasangan

Kalau sudah menetapkan pilihan, perhatikan lagi cara pemasangannya, harus cermat dan teliti. Jangan sampai ada efek samping yang tidak diinginkan, seperti adanya kebocoran saat hujan atau mencuci mobil.

Lalu, tempatkan roof rack di posisi tengah, jangan terlalu ke depan atau terlalu ke belakang kerana akan mengganggu aerodinamik kereta sehingga tidak stabil ketika melaju.

6. Catatan saat berkendara

Jika sudah sesuai dengan standard keselamatan keamanan, maka sebaiknya Anda menempatkan barang-barang yang ringan pada kotak bumbung. Misalnya seperti beg atau baju. Hindari menyimpan barang yang terlalu berat.

Ketika membawa muatan barang di atap kendaraan, pastikan memandu dengan perlahan dan hindari manuver yang berlebihan seperti brek mendadak atau membelok dengan cepat.

Berat tambahan pada bagian atap akan meningkatkan pusat graviti kenderaan dan dapat mempengaruhi karateristik pemanduan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here