Proton serah 50 Proton Iriz ubahsuai ACE kepada Metro Driving Academy

395

Proton menyerahkan 50 unit Proton Iriz yang diubahsuai oleh ACE, anak syarikat Proton Global Services kepada Metro Driving Academy.

Syarikat tersebut khusus dalam binaan dan pengubahsuaian dan dibina mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.



“Proton berbangga untuk terus memainkan peranan dalam membantu mendidik dan melatih pemandu baharu Malaysia.

“Proton Iriz adalah pilihan yang sangat baik untuk pemandu baharu kerana gabungan kebolehgerakan, dimensi kompak dan keselamatannya.

“Kami menghargai kepercayaan yang ditunjukkan oleh Metro Driving Academy dan berharap ini akan menggalakkan lebih banyak sekolah memandu untuk mempertimbangkan Proton ke dalam senarai mereka,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.

Penyerahan berkenaan dilakukan dalam satu majlis kepada Pengarah Urusan Metro Driving Academy, Mat Aris Bakar untuk digunakan pelajar kampus Subang dan Puchong.

Proton Iriz dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP 5 Bintang dan model yang digunakan pelajar sekolah memandu tersebut didatangkan dengan kamera undur, sensor parkir dan mod ECO menggalakkan pemanduan yang lebih cekap dengan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here