Elakkan barang-barang ini ditinggalkan di dalam kereta

4783

Cuaca di Malaysia di mana pada musim panas, ia dapat mencapai suhu yang sangat tinggi. Jika anda sering meletak kereta di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari yang sangat panas, elakkan barang-barang ini ditinggalkan di dalam kereta.

Selain faktor keselamatan, ruangan dalam kereta juga akan rosak jika barang barang tersebut tertinggal di dalam kereta. Disini, kami akan senaraikan untuk anda elakkan barang-barang ini ditinggalkan di dalam kereta.

1.) Sunblock dan ubat-ubatan



Sunblock yang terlalu lama di dalam kereta apabila suhu panas boleh membakar kulit anda. Di samping itu, menyimpan sunblock atau ubat-ubatan dalam suhu panas berpotensi mengubah komposisi kandungan bahan di dalamnya. Tidak hairanlah sesetengah doktor mengesyorkan ubat-ubatan dan bahan kimia lain untuk disimpan di dalam suhu bilik yang stabil.

2.) Pemetik api

Beberapa insiden yang telah berlaku dimana pemetik api yang ditinggalkan di kerusi depan kereta menjadi sangat panas dan meletup, dan memecahkan cermin hadapan kereta. Kerosakannya sangat buruk sehingga penggunanya perlu menggantikan cermin hadapan kereta hanya kerana disebabkan satu pemetik api.

Label amaran yang dilekatkan pada pemetik api menyarankan kepada penggunya agar tidak meletakkannya pada suhu lebih dari 50 darjah celsius atau terkena cahaya matahari yang berpanjangan. Suhu di dalam kereta semasa musim panas boleh mencapai 60 darjah celsius.

3.) Barang Elektronik

Barang elektronik seperti kamera dan telefon bimbit sering ditinggalkan di dalam kereta. Walau bagaimanapun, haba berlebihan boleh merosakkan lensa kamera dan kad memori. Selain itu, bateri, jika ditinggalkan, akan menjadi barang yang berbahaya kerana sifat berasid. Jika ia bocor, akan menyebabkan masalah pada pernafasan, mata dan kulit.

4.) Cermin mata

Haba boleh membengkokkan bingkai atau kanta cermin mata anda. Cermin mata hitam sering ditinggalkan di dalam kereta, dan hal ini boleh meningkatkan risiko untuk cermin mata yang rosak. Oleh itu, jangan tinggalkan cermin mata di dalam kereta. Pastikan anda mengelakkan masalah dan kos membaiki cermin mata anda.

5.) Barang plastik

Plastik mudah cair apabila diletakkan dalam suhu yang panas. Anda juga tidak harus minum air dari botol plastik yang ditinggalkan di dalam kereta. Bahan kimia yang digunakan dalam botol plastik boleh larut dalam minuman anda dan menghasilkan racun ke dalam badan. Di samping itu, cuaca panas boleh membuat kad kredit menjadi melengkung dan tidak dapat digunakan.

6.) Gula dan coklat

Kerana gula-gula dan coklat mudah keras dalam suhu yang sejuk, makanan ini juga mudah cair ketika berhadapan dengan suhu cuaca yang panas. Terutama jika coklat dan gula-gula dibalut plastik, tentunya ia menjadikan perkara lebih rumit dan berbahaya untuk bahagian dalam kereta anda.

7.) Krayon

Krayon dan buku mewarna adalah satu cara yang berkesan untuk menghiburkan anak semasa memandu. Bagaimanapun, kadang-kadang krayon boleh jatuh dari tempat penyimpanannya dan bertaburan di lantai kereta dan cair kerana suhu panas. Crayon yang cair boleh menjadi mimpi ngeri untuk anda ketika membersihkan karpet kereta selain lilin.

8.) Gincu

Komposisi gincu terdiri daripada pigmen, minyak, lilin dan emolien. Gincu akan cair pada suhu yang lebih panas daripada suhu bilik. Bayangkan jika anda meninggalkan lipstik anda di dalam kereta semasa cuaca panas. Walaupun selepas disejukkan, haba boleh mempunyai kesan berkekalan pada gincu, sambil mengubah komposisi dan menghasilkan hasil warna yang berbeza daripada sebelumnya.

9.) Minuman di dalam tin

Salah satu perkara yang paling sering ditinggalkan di dalam kereta adalah minuman bertin. Sebenarnya, tin soda yang belum dibuka masih berisiko meletup di dalam kereta kerana suhu panas. Minuman berkarbonat dimampatkan untuk menghalang udara masuk. Oleh sebab tin soda diperbuat daripada aluminium dan logam semakin panas, peningkatan suhu di luar tin boleh menyebabkan suhu cecair di dalam meningkat, menyebabkan cecair di dalam tin akan meletup.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here