Toyota Yaris Cross debut perdana di Indonesia, dua pilihan enjin

318

PT Toyota-Astra Motor (TAM) rasmi memperkenalkan Toyota Yaris Cross serba baharu ke pasaran Indonesia.

Toyota Yaris Cross versi Indonesia merupakan model yang ditujukan buat pasaran Asia Tenggara. Secara bentuk, Toyota Yaris Cross berkenaan berbeza dengan versi negara asalnya, Jepun.



Berikut informasi ringkas yang perlu anda tahu tentang Toyota Yaris Cross:

  • Membawakan konsep “Solid & Dynamic”, fascia depan diserlahkan dengan siluet tajam dengan gril trapezoidal atas dan bawah dengan ukuran berbeza 
  • Toyota Yaris Cross memiliki lampu depan nipis yang bentuknya mengingatkan kepada Toyota Highlander
  • Rekaan kombinasi lampu belakang LED memberikan visual yang menekankan kesan lebar, sedangkan bampar belakang bergaya SUV moden 
  • Kabin pula mirip dengan Toyota Veloz ataupun Vios. Misalnya bentuk streng, bingkai dan kawalan pendingin hawa
  • Turut tersedia panel instrumen TFT 7-inci
  • Ada dua pilihan enjin iaitu 1.5 liter petrol atau hibrid. Enjin petrol 2NR-VE menghasilkan kuasa 106 PS dan tork 138Nm yang kemudian dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan dan CVT 
  • Manakala versi hibrid menggunakan enjin baharu M15A-FXE atau e-SMart Hybrid. Enjin ini menggunakan asas 2NR-VE yang dilengkapi dengan sistem parallel hybrid dengan kuasa 91PS dan tork 121Nm. Ia dipadukan dengan motor elektrik 80PS dengan tork 141Nm bersama transmisi CVT 
  • Menggunakan model bateri lithium ion yang diletakkan di bawah kerusi barisan kedua 
  • Urban SUV itu didatangkan dengan ciri keselamatan 6-beg udara, Electric Parking Brake (EPB) dengan Auto Brake Hold, ABS+EBD+BA, sensor parkir, Emergency Stop Signal, Hill Start Assist (HSA), Vehicle Stability Control (VSC), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan Blind Spot Monitor (BSM) serta teknologi active safety canggih Toyota Safety Sense (TSS) 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here