Tiga beradik antara empat maut nahas kereta, lori tanah

745

Tiga beradik antara empat yang maut selepas kereta yang dinaiki melanggar belakang sebuah lori tanah di KM310.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Kampar.

Mangsa yang maut dikenali Muhammad Azib Nasaruddin, 23, bersama dua adiknya, Siti Nur Aminah, 8, dan Ahmad Uwais Qorni, 5, selain seorang wanita, Azriyani Abdul Latif, 45.



Turut cedera parah dalam nahas itu ialah adik mangsa, Muhammad Fawwaz, 7.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada jam 2.03 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu BBP Gopeng diatur gerak ke lokasi bagi kerja-kerja penyelamatan.

“Kemalangan melibatkan Proton Saga dinaiki mangsa yang dipercayai melanggar belakang lori tanah di mana bahagian bonet kereta itu musnah terbakar lima peratus.

“Kebakaran itu bagaimanapun telah dipadamkan oleh orang awam. Terdapat dua orang mangsa tersepit di dalam kereta ketika kejadian,” katanya.

Menurut beliau, empat orang mangsa dalam kereta itu telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan.

Katanya, anggota segera mengeluarkan kesemua mangsa dari kereta dan menyerahkan kepada pihak polis dan ambulans untuk tindakan lanjut.

“Seorang mangsa yang maut mengalami kecederaan melecur di bahagian kaki. Mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Kampar dan operasi tamat pada jam 4.25 pagi,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here