Uranium ditemui di Lapangan Terbang Heathrow, seorang lelaki ditahan

718

Polis menahan seorang lelaki berusia 60-an susulan penemuan kesan uranium pada bungkusan kargo di Lapangan Terbang Heathrow London, kata Polis Metropolitan UK.

Polis berkata, lelaki itu ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan keganasan pada Sabtu lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin sebagai sebahagian daripada siasatan.

Gambar hiasan uranium

Sejumlah kuantiti uranium yang sangat kecil dikesan pada bungkusan yang tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 29 Disember.



“Insiden itu tidak dilihat berkait dengan sebarang ancaman langsung terhadap orang ramai,” kata Ketua Cabang Anti Keganasan Polis London, Richard Smith.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here