HLYM lancar kapcai Yamaha EZ 115 baharu, model pengganti Yamaha Lagenda 115

3580

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) membuka tirai tahun baru 2023 dengan memperkenalkan model kapcai baharunya menerusi Yamaha EZ 115.

Jentera itu adalah pengganti Yamaha Lagenda 115 yang ada dijual sebelum ini. Pastinya EZ 115 dari Yamaha ini akan menjadi motosikal pilihan dengan harga yang kompetitif.

Ia hadir dengan enjin suntikan bahan api serba baharu yang mematuhi piawaian Euro 4. Model terbabit menjadi jentera Yamaha yang lebih serba boleh, terdiri daripada ciri-ciri yang merangkumi semua keperluan perjalanan harian dan banyak lagi.



Ini Ciri yang anda perlu tahu tentang Yamaha EZ 115:

  • Menggunakan enjin suntikan bahan api 114cc. Model baharu ini dioptimumkan untuk memberikan pecutan yang lebih baik, kecekapan bahan api dengan menggunakan kerangka lebih rangka ringan.
  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 115cc SOHC 2-injap dengan sistem suntikan bahan api dan sejukan udara, menawarkan kuasa 8.58hp @ 7,000rpm dan tork 9.5Nm pada 5,500rpm. Kotak gear manual 4-kelajuan dengan klac basah multiplat.
  • Padanan lampu hadapan yang lebih besar untuk memberi penglihatan malam yang lebih jelas, cuma masih berasakan mentol. Penunjuk lampu ECO untuk membolehkan pengguna menguruskan tunggangan mereka untuk penjimatan bahan api yang lebih baik. 
  • Storan bawah tempat duduk mempunyai banyak ruang dan ia boleh dibuka dengan mudah hanya dengan menggunakan kekunci utama.
  • Dimensinya dengan panjang 1940mm, lebar 715mm , tinggi 1090mm. Berat kasar 98kg, manakala jarak lega bumi pula 155mm.
  • Dilengkapi sistem suspensi jenis fork konvensional depan, set absober untuk bahagian belakang. Padanan rim aloi 17 inci dengan balutan tayar 70/90 (depan), 80/90 (belakang).

Yamaha EZ115 hadir tiga warna merah, biru dan cyan. Model itu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai 16 Januari 2023, pada harga runcit yang disyorkan RM5,598, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Galeri Gambar Yamaha EZ115

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here