Perodua Myvi generasi keempat versi bayangan awal Theophilus Chin

2046

Perodua Myvi yang dijual di pasaran masa ini adalah generasi ketiga dan mungkin yang serba baharu dijangka tiba kira-kira dua tahun lagi atau mungkin juga lebih awal.

Bagi memberi gambaran awal, pakar manipulasi foto tersohor, Theophilus Chin sekali lagi tampil dengan karya terbaharunya iaitu Perodua Myvi generasi keempat (G4). Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Untuk lakaran terbaharunya, Theophilus Chin atau Theottle, menggunakan model asas Toyota Vios atau Yaris Ativ (D92A) baharu yang bakal tiba di Malaysia pada tahun ini.



Bahagian hadapan Myvi versi Theottle diolah kembali dengan menyuntik elemen reka bentuk terkini Perodua. Ia boleh dilihat pada bahagian jeriji dan bampar yang bermotifkan “X”.

Bahagian sisi Vios atau Yaris Ativ (D92A) meskipun masih lagi kelihatan hampir sama. Namun ada beberapa perubahan dibuat terutama pada bahagian tingkap di tiang-C. Cuma rim yang digunakan, macam pernah biasa nampak, tetapi

Pada bahagian belakang, Theottle meminjam rekaan Seat Ibiza yang kelihatan agak harmoni dengan lekuk pada badan Vios atau Yaris Ativ (D92A) yang banyak menggunakan garisan tajam dan agak bersegi. Sekali imbas, macam Volkswagen Golf pun!

Galeri Gambar

Secara keseluruhan Myvi (G4) bayangan Theottle, menampilkan gaya yang lebih matang. 

Seperti yang kita ketahui, Vios atau Yaris Ativ (D92A) dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ia menggunakan enjin 1.5L NA 2NR-VE dengan 106 PS dan tork setinggi 138 Nm untuk pasaran Indonesia.

Kuasa itu disalurkan ke transmisi manual 5-kelajuan dan CVT dengan pilihan mod pemanduan Eco/Power.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here