Kenderaan berat dilarang guna Jalan Jerantut-Benta

449

Jalan Jerantut-Benta ditutup kepada semua kenderaan berat selama tiga bulan mulai semalam berikutan tanah runtuh akibat kerosakan pada pembentung dan struktur jalan.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut berkata, penutupan laluan FT 64 Seksyen 35.10 berhampiran pejabat Felcra Jaya Putra itu bagi menjamin keselamatan pengguna.

Menurutnya, jalan itu terpaksa ditutup untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan yang dijangka siap pada 23 April depan.



“Laluan berkenaan ditutup untuk semua jenis kenderaan berat kerana terdapat kerosakan pada pembentung dan struktur jalan di mana separuh jalan telah runtuh.

“Hanya kenderaan di bawah berat satu tan sahaja boleh melalui jalan ini dan kenderaan berat boleh melalui laluan alternatif iaitu Jalan Jerantut-Lipis melalui Kerambit,” katanya.

Semua pengguna jalan raya diminta berhati-hati memandangkan musim hujan sedang melanda di beberapa tempat di daerah ini

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here