Porsche GT3 RS habis minyak, geng rider ‘tong-tong’ seorang sedikit petrol

178

Seorang pengguna TikTok @fahmi_ahmaddd berkongsi pengalaman terserempak dengan sebuah Porsche yang tersadai di bahu jalan lebuhraya.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak diketahui. Jelasnya dalam klip video berkenaan, dia bersama rakan baru pulang dari konvoi Hatyai dan menemui pemilik kenderaan seorang pemuda berbangsa cina bersama rakannya dari Jerman.

@fahmi_ahmaddd

Kadang2 Allah hadirkan seseorang itu bersebab😬 . Jangan berhenti buat baik😆 #chinesenewyear2023 #porschegt3rs #meanmachine #mxmachine

♬ Semoga Engkau Bahagia – Ziell Ferdian

Kebetulan, seorang rakannya membawa minyak simpanan dan memberi petrol berkenaan kepada pemandu Porsche GT3 RS tersebut.

“Tetapi minyak tak cukup kereta tetap tidak hidup. Collectla minyak sikit seorang dari motor-motor diaorang,” tulisnya.

Setelah mengisi hampir separuh botol minyak masak bersaiz 5 liter lalu diberikan kepada pemandu Porsche berkenaan. Akhirnya kereta sport tersebut dapat dihidupkan.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang memuji sikap pemuda berkenaan bahkan mengakui golongan konvoi motor kecil inilah yang sentiasa ringan tulang membantu pengguna jalan raya lain apabila dalam kesusahan.

“Bang cham 2T dalam tank tak🤣 Berasap tak ejos porsche tu ? Ahaha.”

“Kalau naik 125 mesti kena bawak minyak spare mcm laki aku siap minyak tuti lagi aku rasa mcm nk diam2 jual moto dia rasa menyusahkan minyak pun kua.”

“Aku cukup respect ngn dorang…suka bantu orang lain.”

“Alhamdulillah kadang kita dipandang hina tapi sebaliknya kita seorang insan yang baik hati smoga sentiasa berbuat baik selalu amin.”

Jom Baca:   Buat hal lagi, polis kesan individu lagak marshal

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here