Porsche 911 GT3 RS generasi baharu lancar 17 Ogos ini – Paling laju dan berkuasa enjin ‘NA’ untuk 911!

854

Porsche mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan 911 GT3 RS serba baharu pada 17 Ogos ini.

Pembangunan kereta sport berprestasi tinggi itu diilhamkan daripada kereta lumba 911 RSR dan 911 GT3 R GT.



Pengarah Model Barisan GT, Andreas Preuninger berkata, 911 GT3 RS baharu lebih dioptimumkan untuk kegunaan trek berbanding model sebelumnya.

“Bakal menggunakan enjin boxer 4 liter enam silinder yang responsif, putaran enjin tinggi dengan menyalurkan kira-kira 500 PS yang terbukti sesuai untuk digunakan di litar trek.

“Itulah sebabnya kami memberi tumpuan terutamanya kepada pada aerodinamik dan casis dalam pembangunan model 911 GT3 RS baharu,” katanya dalam kenyataan media.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here