Op Tahun Baru Cina: 1,649 kemalangan, paling tinggi motokar

565
Op Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina dilaksanakan di seluruh negara bermula Rabu lalu hingga 28 Januari ini. 
 
Setakat hari ke tujuh (24 Januari) operasi dijalankan, pihak berkuasa merekodkan 1,649 kemalangan melibatkan 2,002 buah kenderaan.
 
 
Kenderaan jenis motokar merupakan penyumbang paling tertinggi iaitu sebanyak 1,492 buah diikuti pacuan empat roda (269), motosikal (168), lori (28), van (30) dan bas (11).
 
Sementara itu, kemalangan melibatkan teksi hanya tiga buah dan satu basikal. Sehubungan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menasihatkan agar semua pengguna jalan raya sentiasa peka ketika memandu bagi mengelak risiko kemalangan.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here