[Video] Rider Singapura nyaris dihanyut banjir

658

Konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Singapura berdepan detik cemas, apabila beberapa motosikal yang ditunggang nyaris dihanyut arus deras ketika meredah banjir di Jalan Nitar, Mersing, tengah hari tadi. 

Ketua Polis daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, berdasarkan maklumat, konvoi tersebut dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.



“Setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu. Berdasarkan maklumat kejadian berlaku tengah hari tadi.

“Kumpulan Konvoi itu dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan di tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Konvoi terbabit meneruskan perjalanan dengan bantuan trak penunda,” katanya.

Konvoi enam motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang ditunggangi rosak.

Tular sebuah video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air banjir

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here