Lebih 7 buah kereta pendaki Gunung Korbu dan Gayong dipecah masuk

1188

Aktiviti riadah bertukar menjadi pengalaman buruk bagi pendaki Gunung Korbu dan Gayong, Perak apabila kenderaan mereka dipecah masuk.

Berdasarkan perkongsian akaun Twitter @EncheAhmadz, lebih daripada tujuh buah kenderaan terlibat dan barangan yang disimpan dalam kabin dicuri. Kejadian hanya disedari mangsa sejurus mereka turun dari gunung berkenaan.



“Hati-hati kepada mereka yang nak hiking ke KORGA (Korbu & Gayong). Ada kes cermin kereta kena pecah dan kecurian,” tulisnya.

Difahamkan pendaki meletakkan kenderaan mereka di kawasan lapang tanah rata berhampiran perkampungan orang Asli sebelum memulakan pendakian. Menurut Che Ahmadz pendakian tersebut selama satu malam. 

Ramai yang bersimpati dengan kejadian tersebut dan ada pengguna Twitter mempersoalkan bagaimana suspek boleh terlepas memasuki kawasan tersebut.

“Macam mana dia pencuri tu boleh masuk empangan Kinta ni? Kena ada permit nak masuk sampai dalam ni. Hmmmm,” tulis @epiFX.

Selain itu ada yang mendoakan mangsa kejadian dan berharap agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan segera.

“Wehhhh kenapa jahat sgt dorang ni?! i tak boleh bayangkan kalau i dkt sana. dah la penat hiking, pastu dah sampai bawah, tgk kereta kena pecah, dkt situ juga menangis. confirm parents dah tak bagi greenlight untk pi hiking dah, semoga urusan kalian dipermudahkan.”

“Takut jd cmni la sllu kalo paking kt pintu rimba ni.. Semoga dipermudahkan segala urusan…”

“Kena alert next time datang sini. Guna khidmat powil ke van la nampaknya..”

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here