Polis tahan lima suspek samseng jalanan

408

Pihak berkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor melakukan serbuan terhadap sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan jalan raya di kedua – dua arah sepanjang Persiaran Raja Muda Musa menghala ke Port Klang dan Shah Alam.

Hasil risikan dan pemerhatian beberapa jam dijalankan, kumpulan tersebut melakukan aktiviti samseng jalanan seperti bersaing sesama sendiri, melawan arus, melakukan aksi zig zag dan superman yang merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
 

Setelah mengenali pasti dan mengekori beberapa orang suspek pada jam kura-kira 1.45 hingga 3.30 pagi, pihak berkuasa melakukan tangkapan terhadap lima orang suspek yang disyaki melakukan aktiviti samseng jalanan.
 
Kesemua suspek dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan untuk siasatan lanjut dan kesemua kenderaan disita. 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here