Wanita syukur bapa selamat, Mini Cooper Singapura rempuh Toyota Vios

522

Seorang wanita berkongsi detik cemas rakaman kamera papan pemuka kereta bapanya selepas terlibat kemalangan dengan sebuah Mini Cooper milik warga Singapura.

Kemalangan yang berlaku Sabtu lalu sekitar Kluang Johor itu menunjukkan Mini Cooper berwarna kuning itu terbabas lalu melanggar Toyota Vios milik bapanya.



Menerusi bebenang di Twitter, pemilik akaun @ainzaabar berkongsi selepas melihat gambar dan video tersebut majoriti akan mengandaikan perkara buruk berlaku pada bapanya.

“Saya kehilangan kata-kata setelah ayah beritahu rasa macam sudah mati ketika dilanggar oleh sebuah kereta Mini Cooper kuning warga Singapura.

@sgmachiasia #sgmachiasia #sgtiktok #caraccident ♬ original sound – SGMACHI

“Sabtu haritu tengah borak biasa dengan family dalam group, dan tetiba adik pm tepi bagitau ayah accident. Masa ni dah cuak. Seumur hidup, tak pernah langsung ayah accident. He is a good driver. Darilah kerja bawa lori, bawa bas, and now bawa kereta sewa.

“In the meantime, memang Ain gesa adik suruh inform ayah untuk pergi hospital and buat report polis. And he did. Alhamdulillah. Masa kat balai sebelum tengok video dashcam, polis kata korang berdepan ke sampai bertembung macam tu? Polis hampir tak percaya bila ayah kata tak,” tulisnya.

Dia juga menyatakan ketika kejadian bapanya membawa seorang penumpang yang memakai baju berwarna hitam.

“Ada dua orang. Yang first keluar baju hitam ni penumpang ayah saya. Kalau perasan lepas dia keluar ada kaki tergantung. Dia keluar lambat sebab dia pengsan jap. Ayah pakai baju merah,” jelasnya.

TENGOK WAZE

Selain itu, Ain juga menyatakan pemandu Singapura itu suda membuat laporan polis dan mengaku salah.

Luckily, the one yang langgar ayah buat report mengaku bersalah. But in his report, dia kata dia tengah tengok waze, sebab tu terbabas. Orang kalau tak biasa jalan tu, dia selalunya bawa slow,” jelasnya.

Tambahnya, urusan tuntuan insurans pihak ketiga akan mengambil masa hampir setahun kerana melibatkan warga Singapura.

And kereta ayah ain dah dikira total lost. So boleh claim for loss of use. Tapi kena ada rental agreement untuk kereta sewa pula. Banyak duit kena up front, dah lah time-time musibah pula tu,” kongsinya.

Ain juga berkongsi pemasangan kamera papan pemuka pada kereta bapanya tidak sampai setahun. Bapanya meminta meletakkan kamera berkenaan selepas rakannya tiada bukti kukuh ketika terlibat kemalangan.

Dia juga kecewa sehingga kini, warga Singapura berkenaan tidak menemui bapanya namun berjumpa seorang lagi pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here