JPJ buka bidaan nombor plat BRK bermula hari ini

787

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran BRK bermula hari ini sehingga 9 April (Ahad).

Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 10 April ini.



Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan. Sekiranya bidaan anda berjaya perlu mendaftarkan nombor plat tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.

Bagaimanapun, netizen meninggalkan komen ketawa pada hantaran Facebook berkenaan. Beberapa pengguna media sosial berjenaka dengan nombor plat BRK bermaksud ‘berak’.

Sementara itu, beberapa pengguna secara berseloroh menyebut ‘BRK’ boleh membawa maksud lain seperti beruk, borak, brek dan buruk.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here