1,146 Perodua Ativa dan 562 Alza dipanggil balik

1645

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerusi akaun Facebook berkongsi senarai produk automotif yang dipanggil balik susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Di Malaysia, aktiviti panggil balik yang dilaksanakan pengeluar kenderaan perlu di maklumkan secara bertulis kepada JPJ sebagai pihak berkuasa berdasarkan kepada punca kuasa Seksyen 66 (1)(pp) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Pihak JPJ akan merekodkan dan memantau perkembangan setiap aktiviti tersebut sehingga kesemua unit bagi model kenderaan yang terlibat dalam aktiviti panggil balik selesai diperbaiki.
 
Menerusi perkongsian berkenaan jenama yang terlibat adalah Mercedes-Benz, Perodua, Toyota, Audi serta dua jenama roda dua iaitu Suzuki dan Honda.
 
Bagi model Mercedes Benz melibatkan tujuh model iaitu C-Class, GLC, CLK, CLS, E-Class dan CL Class Coupe yang mana kesemua keluaran tahun 2011-2011. Manakala GLE dan GLE Coupe pula melibatkan model keluaran 2011-2019. 
 
Tidak ketinggalan dua model Perodua turut terlibat dalam kempen tersebut iaitu sebanyak 562 Perodua Alza keluaran 2022-2023. Perodua Ativa pula sebanyak 1,146 unit keluaran 2022-2023. Toyota Veloz pula sebanyak 201 unit. 
 
Bagaimanapun, dalam perkongsian berkenaan tidak dimaklumkan komponen yang mengalami masalah dan perlu ditukar. 
 
 
Menurut JPJ, pihak pengeluar perlu melakukan hebahan berkaitan kempen tersebut menerusi media massa seperti laman web, media sosial, surat khabar selain menghubungi pemilik.
 
“Pemilik kenderaan terlibat yang mendapat notifikasi hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menghantar kenderaan ke pusat-pusat servis bertauliah yang dilantik bagi mendapatkan khidmat dan alat ganti secara percuma,” tulisnya.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here