MOT: Kenderaan berat dilarang guna lebuhraya 4 hari sempena Aidilfitri

320

Kementerian Pengangkutan (MOT) menguatkuasakan larangan kenderaan berat menggunakan jalan raya khususnya lebuhraya selama empat hari sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.

Larangan tersebut berkuatkuasa Khamis dan Jumaat depan iaitu sebelum perayaan serta 24 dan 25 April ini.

KUALA LUMPUR, 2 Jun– Keadaan aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara kelihatan pelbagai kenderaan mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Hari Raya ketika tinjauan hari ini.
Umat islam akan menyambut Hari Raya pada 5hb ini iaitu pada Rabu ini.
– fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Katanya, ia selepas mengambilkira jangkaan peningkatan trafik yang ketara khususnya kenderaan persendirian yang akan pulang ke kampung bagi menyambut perayaan.



“Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

“Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini. Had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80kmj di seluruh negara,” katanya.

Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan ditetapkan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Jenis kenderaan dilarang bagi empat hari itu itu termasuk lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7,500kg, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, trak tunda dan traktor, yang dilarang berada di atas jalan sepanjang masa.

Selain itu, lori yang berat dengan muatannya melebihi 7,500kg yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian lain.

Bagi lori kontena mengangkut barangan, lori kargo mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya, dibenarkan berada diatas jalan dan menggunakan lebuh raya dari 12 tengah malam hingga 8 pagi.

Turut dibenarkan untuk tempoh itu, lori mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah serta lori kargo tanpa muatan.

Bagi kren bergerak dan lori pembancuh simen pula, ia dibenarkan dari 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi dibenarkan di atas jalan tertentu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here