4 mat rempit pukul, cederakan anggota polis didakwa

484

Empat lelaki termasuk dua beradik dituduh di Mahkamah Majistret, Pontian hari ini atas pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang anggota polis, pada pagi 1 Syawal.

Tertuduh, Mohamad Haikal Abdul Karim, 23, Khalid Khamis, 38, Mohamed Effendi Mohamed Said, 40 dan adiknya, Muhammad Fazli Mohamad Said, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Azzuin Abd Moati.

Mengikut kertas pertuduhan, Khalid, Mohamed Effendi, dan Muhammad Fazli didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat menghalang Lans Koperal Muhammad Hasrull Mohd Namiri daripada melaksanakan tugasnya.



Kesalahan itu dilakukan di KM7, Jalan Kulai menghala Kota Tinggi, pada kira-kira jam 3 pagi pada Sabtu lalu dan didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bagi Mohamad Haikal pula didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Hasrull dengan menggunakan kaki dan tangan di lokasi sama dan tertuduh didakwa mengikut, Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurezzati Zaini, manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nur Azzuin Abdul Moati membenarkan Mohamad Haikal diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin, manakala Khalid, Mohamed Efendi dan Muhammad Fazli, masing-masing dijamin RM2,000 seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 30 April ini di Mahkamah Majistret Kulai untuk hukuman

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here