Aventador Ultimae kemalangan untuk dijual, harga RM999k

490

Aventador Ultimae merupakan model Lamborghini terakhir yang menggunakan enjin aspirasi semula jadi, sebelum pengeluar Itali itu melancarkan Revuelto dengan enjin hibrid V12.

Aventador Ultimae Coupe kini untuk dijual yang mana ia adalah salah satu daripada 350 unit yang dibangunkan oleh Lamborghini antara Julai 2021 dan September 2022.  



Supercar itu didatangkan dengan warna badan kelabu Grigio Lynx. Sayangnya, kondisi supercar itu bukanlah dalam keadaan baik yang mana beberapa bahagian badan rosak akibat kemalangan. 

Komponen paling teruk adakah bahagian roda kiri belakang. Rim 21-inci pada gandar belakang dan gerbang roda cacat sepenuhnya.

Keseluruhan bahagian belakang dan diffuser bampar belakang sudah tidak boleh digunakan.Sebelumnya, pemilik kereta menaiktaraf sistem ekzos titanium Boden AutoHaus.

Bagaimanapun, bahagian kabin tidak terjejas teruk akibat kemalangan itu. Sistem beg udara juga tidak meletup serta mekanisme pintu gunting masih boleh digunakan seperti biasa.

Bahagian dalam kereta dibalut material Alcantara dengan warna utama Nero Cosmus hitam, diiringi tekstur dan garisan putih sebagai kontra. 

Aventador Ultimae Coupe tersebut hanya merekodkan odometer 1,712km. Ia dilengkapi dengan enjin 6.5 liter aspirasi semulajadi V12 yang menghasilkan kuasa 780hp dan tork maksimum 720Nm.

Ini membolehkan Aventador LP780-4 Ultimae memecut dari 0-100kmj dalam masa 2.8 saat dengan kelajuan maksimum 355 kmj. Supercar dilelong pada harga USD 221,000 (RM999,914).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here