Penguatkuasa MBSJ kini guna Honda Civic FE

409

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerima Honda Civic FE, yang akan digunakan oleh Jabatan Penguatkuasa MBSJ sebagai kenderaan rasmi peronda dan pengiring trafik.

Model Honda Civic V itu diserahkan oleh Syarikat Shared Auto Cars Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Syarikat, Firdaus Mohamed bagi memenuhi keperluan semasa dalam menjalankan tugasan-tugasan rasmi khususnya.



Civic berkenaan berharga sekitar RM143,700 yang dikuasakan enjin 1.5-liter VTEC Turbo yang menghasilkan kuasa 182PS dan tork 240Nm.

Model MBSJ tersebut didatangkan dengan warna seragam biru pada bahagian bonet dengan perkataan  ‘Warden Trafik’. Manakala bahagian sisi badan disematkan dengan gabungan warna biru, hijau dan merah bersama perkataan “Penguatkuasa MBSJ’.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here