Operasi khas pantau motosikal kuasa tinggi

734

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan operasi khas motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai aktiviti penunggang motosikal berkuasa tinggi yang sering menunggang pada kelajuan tinggi.



Menurutnya, turut dikesan pelbagai kesalahan lalu lintas lain.

“Sebagai langkah pencegahan, JSPT akan mengadakan Op Khas Motosikal Berkuasa Tinggi di seluruh negara yang mana tumpuan akan diberikan kepada penunggang yang melakukan kesalahan lalu lintas.

“Umum mengetahui motosikal menjadi penyumbang tertinggi kemalangan jalan raya iaitu lebih 55 peratus berbanding kenderaan lain,” katanya.

Beliau berkata, justeru itu JSPT akan sentiasa memberi penekanan terhadap penunggang motosikal terutamanya melibatkan motosikal berkuasa tinggi dengan mengadakan Op Khas ini.

Mereka yang terlibat dengan kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya boleh dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit salah boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Jelasnya, JSPT menasihatkan semua pemilik motosikal berkuasa tinggi supaya sentiasa berhemah di jalan raya, mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan.

“Tindakan lain juga boleh diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” tambahnya. 

Tambah Mohd Nasri, pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi pelaksanaan Op Khas ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here