Jutawan masih setia guna Honda Accord (2005)

911

Ramit Sethi ialah seorang jutawan dan bintang Netflix “Cara Menjadi Kaya”. Walaupun kaya, dia tidak akan membelanjakan wang membeli kenderaan mewah seperti mana kebanyakan jutawan lain. 

Sethi masih memandu Honda Accord yang dibelinya selepas menamatkan pengajian kolej pada 2005.

Ramit Sethi

“Ia kereta yang praktikal. Saya menjaganya dengan baik dan teliti.



“Bolehkah saya membeli kereta baru esok? pasti. Adakah ia penting bagi saya? tidak,” katanya kepada CNBC.

Oleh kerana kereta tersebut sudah habis bayar, Sethi menyatakan ansuran bulanan kereta itu boleh digunakan untuk kepentingan lain misalnya bercuti, pelaburan dan derma.

Sethi menyifatkannya sebagai pendekatan ‘dial money’. Ini membolehkannya berbelanja lebih untuk perkara dinikmati dan membelanjakan sedikit untuk perkara yang tidak penting.

“Saya berbelanja secara berlebihan untuk perkara yang saya suka, tetapi saya mengurangkan tanpa belas kasihan pada perkara sebaliknya.

“Di sinilah wang bukan sekadar membeli barangan. Wang mencipta makna, dan itu benar-benar bahagian teras kehidupan yang kaya,” kata Sethi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here