[Video] Konten mengharap ‘views’ menjerat diri, mat rempit duga kelajuan ditahan

905
Gara-gara merakamkan aksi merbahaya lalu berkongsi di media sosial, polis mengesan tiga suspek lelaki Melayu berumur dalam kalangan 16 hingga 25 tahun yang terlibat dalam aktiviti tersebut.
 
 
Video yang dimuatnaik di laman sosial Instagram “Cakkecik” bertarikh 2 Julai lalu itu dipercayai lokasi perlumbaan dari KM47 dari arah Teluk Intan ke Setiawan di Lebuh Raya Persisir Pantai Barat (WCE) melibatkan beberapa buah motosikal dalam keadaan menduga kelajuan.
 
Ketiga-tiga suspek tersebut ditahan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987. Trafik Ibu Pejabat Daerah Hilir Perak menasihati para ibu bapa dan penjaga sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam salah laku lalu lintas.
 
Aksi-aksi seperti wheelie, menunggang secara zig-zag, menduga kelajuan, bersaing sesama sendiri di atas jalan awam boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here