Honda VFR 800 ‘total loss’ ingin dilepaskan pada harga bawah RM10k…hanya untuk pemberani

435
Sebuah Honda VFR 800 ingin dilepaskan pada harga di bawah RM10,000. Iklan itu dimuatnaik dalam grup Facebook Jual Beli Superbike dan Easy Rider di Malaysia.
 
Bagaimanapun, kondisi motosikal berkenaan rosak teruk (total loss) dipercayai terlibat dalam kemalangan. 
 
 
Sport touring berkenaan dikatakan berada di Wangsa Maju dan ingin dilepaskan pada harga RM9,000.
 
“VFR 800 yang banyak jasa, direct owner, boleh tukar nama, minggu depan akan masuk bengkel di Negeri Sembilan, jika tiada owner,” tulis penjual.
 
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial menyatakan kos baik pulih lebih tinggi berbanding harga jualan.
 
 
“Tu harga market..harga repair silap lagi mahal sah-sah nak masok sparepart baru. Gaya total lost ni.buat jual lerai boleh la,” tulis Zack Sinclair.
 
“RM5k pun pishang tu.. banyak nak kena repair.. belum check body lagi,” kata KsyukRie FAMiy.
 
Menurut penjual, motosikal berkenaan ingin dihantar untuk restorasi.
 
“Saya punya bengkel kat kg. Jauh dari KL. Saja nak test market. Sebelum restore,” balasnya pada komen yang meminta baik pulih motosikal tersebut.
 
Berdasarkan tinjauan di laman web kenderaan terpakai, harga jualan VFR 800 bermula daripada RM25,000 mengikut tahun keluaran dan kondisi.
 
Honda VFR800 (Interceptor) merupakan motosikal sport touring yang dihasilkan Honda bermula 1998. Model itu merupakan pengganti kepada VFR750F dan berkongsi konsfigurasi enjin V4 dengan siri Honda VF dan VFR.
 
 
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here