Honda VFR750R RC30 tidak pernah daftar, selepas 30 tahun dijual pada harga RM357k

6132

Honda VFR750R RC30 (1990) yang belum pernah didaftarkan merekodkan nilai lelongan baharu apabila dijual pada harga £65,250 (RM357,660) di Britain.

Pemilik motosikal itu sebenarnya seorang pengumpul peribadi. Bahkan sejak dibeli motosikal berkenaan tidak pernah digunakan dengan hanya 2km pada odometer. 



Harga jualan motor tersebut ketika dilancarkan adalah £8,499 (RM46,330), tetapi jika dikira inflasi semasa, harganya kini mencecah £16,972.29 (RM92,520).

Motor versi David Silver Honda Collection hingga 2017 itu merupakan model import dari Jepun. Pembeli bertuah turut menerima kit peralatan daripada Honda, buku manual pemilik, tongkat padok dan dokumen berkaitan.

Difahamkan Honda VFR750R RC30 dikeluarkan antara 3,000 hingga 5,000 unit di dunia. Antara tahun 1987 dan 1990, motor tersebut meningkat popular dalam kalangan pengguna sukan pemotoran.

Legenda perlumbaan jalan raya Joey Dunlop, Carl Fogarty, dan Fred Merkel menjuarai perlumbaan menggunakan sportbike tersebut.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here