Lumpuh seumur hidup, hilang kaki kiri kerana basikal lajak….

1449

“Lupakanlah basikal lajak,” kata Muhammad Saad Zainuddin, 28, yang lumpuh dan hilang kaki kiri selepas kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah, Johor Bahru, lokasi sama yang mengorbankan lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017.

Sumber foto: Harian Metro

Saad berkata, keseronokan bermain basikal lajak hanya sementara dan jika terbabit kemalangan kesannya berpanjangan sehingga merana seumur hidup.

“Ambil iktibar kisah saya yang kini lumpuh dan hilang upaya. Pengalaman saya lalui bukan membanggakan, ia cukup pahit dan menyakitkan namun menginsafkan,” katanya. 



Mengimbau tragedi itu Saad berkata aktiviti berkenaan bermula sejak dia berusia 11 tahun selepas terpengaruh dengan tren basikal lajak yang memuncak ketika itu.

Dia sanggup mengumpul duit elaun membantu ibu bapanya berniaga bagi mendapatkan barangan terpakai untuk mengubahsuai basikal. 

Gambar hiasan

“Pada mulanya, saya hanya menunggang basikal lajak bersama kawan di laluan kampung berhampiran rumah. Namun tidak lama selepas itu, saya mula berani menunggang di jalan utama sekitar bandar raya ini (Johor Bahru) termasuk lokasi tumpuan basikal lajak iaitu di Jalan Lingkaran Tengah.

“Keberanian itu akhirnya membawa padah. Pada 10 Ogos 2008 ketika saya berusia 14 tahun. Ketika itu saya bersama tiga lagi rakan merempuh sebuah kenderaan yang sedang parkir di tepi jalan,” katanya.

Saad mengalami kecederaan parah, iaitu terkoyak di kepala, selain pengsan di lokasi kejadian yang tidak sampai 150 meter dari tempat kejadian lapan remaja basikal lajak yang maut.

“Saya hanya tersedar apabila dirawat di hospital. Pada mulanya, doktor yang merawat hanya mensyaki saya mengalami hilang ingatan. Namun apabila menjalani pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan saya lumpuh dari pinggang akibat kecederaan serius pada tulang belakang,” katanya.

Saad berkata, dia tidak dapat menerima takdir itu apatah lagi doktor memaklumkan dia mungkin akan lumpuh seumur hidup.

“Saya kemurungan selama tiga tahun selepas tragedi itu dan trauma untuk keluar rumah,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here