#Spyshot: Honda BR-V serba baharu dikesan di Thailand, bakal lancar Ogos depan

1105

Baru-baru ini, sebuah model MPV Honda dikesan sedang menjalani ujian di Thailand dengan nombor plat TC 1923 (TC- kereta ujian).

Model yang ditutupi kamouflaj itu dipercayai Honda BR-V serba baharu. Menurut laporan portal Auto Life Thailand model BR-V sedia ada dipasang di kemudahan Phra Nakhon Si Ayutthaya bagaimanapun generasi kedua berkenaan bakal diimport dari Indonesia.



Honda BR-V diperkenalkan di Thailand sejak Januari 2016 dan versi facelift diperkenalkan tiga tahun kemudian. Sudah enam tahun di pasaran tiba masanya MPV berkenaan menerima naiktaraf sepenuhnya.

Difahamkan, MPV berkenaan bakal dilancarkan Ogos depan yang mana menggunakan enjin 1.5-liter DOHC petrol berkuasa 121PS dan tork 145Nm bersama transmisi CVT manakala kotak gear manual 6-kelajuan mungkin tidak ditawarkan di Thailand.

Honda BR-V bakal didatangkan dengan sistem keselamatan aktif Honda Sensing di samping enam beg udara, sistem penghidup enjin jarak jauh dan pemantauan titik buta.

Selain itu, BR-V baharu lebih panjang 34mm, lebar 45mm, 19mm lebih tinggi dan jarak roda 45mm lebih panjang. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here