China tak jadi ambil Boeing 737 MAX, gara-gara ketidakpastian penghantaran….

2032

Masa depan Boeing 737 MAX di China menjadi tidak menentu apabila syarikat China Southern Airlines mengeluarkan pesawat tersebut daripada senarai flit sehingga 2024.

Dalam pembentangan minggu lalu, Pengerusi syarikat penerbangan itu, Ma Xulun memberitahu pelabur bahawa MAX tidak dimasukkan dalam senarai.



Syarikat penerbangan itu menjangkakan untuk menerima penghantaran 30 pesawat pada tahun ini, 36 buah (2023) dan 12 buah (2024).

Dalam Laporan Tahunan 2021 yang difailkan pada 30 Mac, syarikat penerbangan itu merancang untuk menambah 181 pesawat baharu menjelang 2024 termasuklah 103 buah Boeing B737 MAX.

Xulun menjelaskan tindakan mengeluarkan 100 buah B737 MAX daripada senarai flit kerana ketidakpastian mengenai penghantaran. Namun, sebab lebih terperinci tidak diberitahu.

Buat masa ini, China Southern Airlines memiliki 645 buah pesawat merangkumi 375 Airbus dan 270 Boeing. Lebih terperinci syarikat itu menggunakan 313 buah Airbus A320 dan 212 buah Boeing B737.

Tamparan hebat buat Boeing apabila pelanggan syarikat penerbangan terbesar di China itu membatalkan rancangannya untuk menerima 39 pesawat B737 MAX 8 tahun ini iaitu hanya beberapa minggu selepas pengumuman.

Jurucakap Boeing menjelaskan China Southern Airlines hanya mengecualikan MAX dalam senarai tetapi tidak mengatakan ingin membatalkan pesanan. Boeing mempunyai kira-kira 140 pesawat B737 MAX yang menunggu penghantaran kepada pelanggan China.

Syarikat penerbangan China itu memiliki hampir 30 peratus pesawat  yang tidak aktif jadi mereka tidak tergesa-gesa dalam penambahan pesawat kerana ruangan yang mungkin menjadi salah satu sebab.

Pada Disember 2021, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China (CAAC) mengeluarkan arahan kelayakan udara yang mana juruterbang perlu menjalani latihan semula apabila melibatkan perubahan peralatan dan perisian pada sistem pesawat untuk membolehkan 737 MAX kembali terbang.

Pada bulan Januari, China Southern Airlines menyelesaikan penerbangan ujian selama tiga setengah jam menggunakan salah satu daripada 24 buah 737 MAX.

Jika penerbangan itu memuaskan CAAC, tidak ada sebab MAX tidak diperkenalkan semula di China.

Jika gagal nampaknya Boeing perlu mencari jalan penyelesaian untuk China menerima pesawat yang dibina. Ini kerana 737 MAX berjaya kembali ke perkhidmatan hampir di seluruh dunia kecuali China.

Sebelum ini pesawat Boeing 737 MAX diharamkan melakukan penerbangan bermula Mac 2019 hingga Disember 2020 selepas terlibat dalam dua kemalangan besar, yang mengakibatkan 346 orang maut. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here