Pemilik Proton di UK mahu jual Wira 1.5 LXi pada harga RM4k

2598

Sebuah Proton Wira 1.5LXi ‘S’ edisi terhad diiklankan untuk dijual di Worcester, Worcestershire, United Kingdom (UK) pada harga £800 (RM4,375) sebuah.

Perkongsian itu dimuatnaik menerusi laman Facebook UK Spec Proton yang menjelaskan sedan nasional itu didaftarkan pada tahun 2000 dengan rekod perbatuan 51,499km.



Selain itu, Wira tersebut hanya dimiliki seorang pemilik selama 22 tahun dan masih dalam keadaan baik. Bahagian kabin juga dijaga dengan rapi dalam keadaan bersih walaupun warna kerusi sedikit kusam.
 
Menurut perkongsian berkenaan, harga jualan model ‘S’ sedikit murah bagi menghabiskan stok lama sebelum kemunculan model baharu enjin VDO-Siemens. Kerana itu, Wira berkenaan tidak dilengkapi dengan rim aloi dan tempoh waranti dipendekkan.
 
Iklan itu juga menjelaskan Proton Wira berkenaan sudah menjalani ujian Kementerian Pengangkutan dan didatangkan dengan tayar baharu selain bumbung suria. 
 
GALERI
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here