Jangan sebut tiga perkataan ini ketika dalam pesawat

1026

Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin pernah bertugas selama 17 tahun sebagai pramugara. 

Vokalis kumpulan Umbrella itu sering berkongsi pengalaman bekerja sebagai pramugara di akaun media sosial miliknya. 



Baru-baru ini, Zarul berkongsi tiga perkataan yang diharamkan disebut dalam pesawat yang mana boleh boleh mengancam keselamatan dan individu tersebut berpotensi  dikeluarkan daripada pesawat atau penerbangan terpaksa berpatah semula.

“Ada tiga perkataan bila korang sebut boleh mengancam keselamatan dalam pesawat. 

“Kemungkinan dikeluarkan dalam penerbangan adalah sangat tinggi. Contohnya macam MH122 hari tu, yang mana penumpang cakap dia ada bom.

Bom perkataan diharamkan dalam pesawat atau penerbangan,” katanya dalam video ringkas di akaun TikTok.

Jelasnya walaupun hanya sekadar gurauan, perkataan tersebut bukanlah bahan lawak yang boleh digunakan ketika dalam pesawat.

“Jangan sesekali buat main perkataan bom walaupun korang hanya buat joke (gurauan), hanya bagi punchline buat lawak…tidak, bom bukan bahan lawak di dalam pesawat.

“Kedua, perkataan saya ada pisau, aku ada pistol, aku ada parang pun tidak boleh. Ia sama level juga dengan perkataan bom tadi. Boleh jadi ancaman.

“Ketiga hijack atau rampas, walaupun bergurau tidak boleh, korang boleh dikeluarkan serta merta atau berpatah balik dan keluarkan korang,” jelasnya.

 

@zarulumbrellaofficial

Ada 3 perkataan yg perlu dielakkan dlm flight, kalau tak…

♬ original sound – Zarul Umbrella

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here