Laporan palsu anak dilanggar, ibu kandung, teman lelaki didakwa membunuh

311

Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kandung wanita itu minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu Mary Teh May Yee, 44, dan teman lelakinya S.Puvaneswaran, 29, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa membunuh seorang kanak-kanak lelaki Teh Joseph yang berusia lima tahun di sebuah unit rumah di Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil di sini pukul 12.55 tengah malam pada 22 Ogos lalu (2023).

Bagi pertuduhan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Oktober ini bagi sebutan semula kes.

Sementara dalam prosiding sama, tertuduh Puvaneswaran turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberi keterangan palsu kepada polis.

Mengikut pertuduhan, Puvaneswaran yang bekerja sebagai pemandu lori itu didakwa memberikan kepada seorang polis yang merupakan penjawat awam iaitu seorang amnggota polis satu keterangan secara bertulis yang tertuduh ketahui adalah palsu.

Perbuatan tertuduh itu akan menyebabkan pegawai penyiasat untuk melakukan siasatan dimana penjawat awam tersebut tidak perlu melakukan siasatan tersebut sekiranya keadaan sebenar berkenaan hal yang dimaklumkan itu telah diketahui olehnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Seri Kembangan jam 2.57 pagi pada tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,0000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiada ikat jamin dibenarkan dan mahkamah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini media melaporkan, polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya berhubung kematian seorang budak lelaki berusia lima tahun, iaitu anak wanita terbabit yang dipercayai akibat didera di sebuah rumah di Pangsapuri Mayang, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata wanita berusia 44 tahun dan lelaki berusia 29 tahun berkenaan ditahan selepas mereka disyaki membuat laporan palsu pada mendakwa kanak-kanak terbabit cedera akibat dilanggar kenderaan.

Menurut polis, hasil pemeriksaan lanjut pada badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama, disyaki akibat didera.

Mengulas lanjut, polis berkata dalam soal siasat terhadap ibu mangsa dan teman lelaki wanita itu, lelaki berkenaan membuat laporan polis palsu mendakwa dia melanggar mangsa dengan sebuah lori.

Bagaimanapun, siasatan mendapati tiada kejadian sedemikian dan semakan terhadap lori didakwa dipandu lelaki itu sebenarnya kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Kajang.

Bagaimanapun hasil siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek, akhirnya mereka mengaku mendera mangsa sehingga menyebabkan kematian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here