Dua individu rentung dalam nahas kereta di Rawang disahkan suami isteri

587

Dua individu yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, dekat sini, pagi tadi disahkan sebagai pasangan suami isteri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata kedua-dua mangsa warga tempatan itu masing-masing berumur 26 dan 23 tahun.



Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 4.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Honda City dinaiki pasangan itu dari arah Bandar Country Homes menghala ke Rawang telah hilang kawalan.

“Ia kemudian memasuki arah bertentangan lalu merempuh sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar,” katanya.

Noor Ariffin berkata, pasangan itu gagal diselamatkan daripada kebakaran, manakala pemandu lori berjaya menyelamatkan dirinya dan tidak cedera.

“Pasangan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here