Utama Berita Automotif Pekebun maut motosikal terbabas di LPT2

Pekebun maut motosikal terbabas di LPT2

293
Seorang pekebun maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang hilang kawalan dan terbabas di KM372.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi, Dungun, kira-kira jam 4.30 petang pada Sabtu.
 
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata mangsa yang maut Mohamad Rizuwan Mat Nawi berusia 41 tahun.
 
Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah Kuala Terengganu ke rumahnya di Felda Kerteh Enam di Dungun.
 
Setibanya di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terseret sejauh 50 meter.
 
Ekoran kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.
 
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here