Bajet 2024 : RM1.63 bilion bina, naik taraf jalan kampung dan desa

117

Penambahbaikan infrastruktur penduduk luar bandar akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan dalam Bajet 2024 menerusi peruntukan RM1.63 bilion bagi membina dan menaik taraf jalan di kampung dan desa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan jalan di Bachok, Kelantan; Tambun Tulang, Perlis; dan Kuala Lukut ke Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan.



Beliau berkaya sebanyak RM 939 juta lagi diperuntukkan untuk menyediakan bekalan air kepada 5,150 buah rumah dan bekalan elektrik kepada 2,200 buah rumah manakala RM134 juta bagi memasang 60,000 unit lampu jalan kampung dan menyelenggara lebih 500,000 unit lampu jalan kampung.

“RM57 juta pula untuk melaksanakan 115 projek termasuk 54 projek baharu naik taraf jambatan uzur dan bina jambatan baharu.

“Sementara RM100 juta lagi diperuntukkan bagi menaik taraf, membina dan membaik pulih kemudahan asas seperti dewan, balai raya,dataran kejat serta laluan berbumbung di kawasan desa dan pedalaman di bawah Projek Ameniti Sosial,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here