Polis tahan lelaki pukul pemandu lori sampah

279

Lelaki yang disyaki memukul pemandu lori sampah menggunakan kayu di Jalan 6, Jalan Panchang Bedena, Sungai Besar, kelmarin telah ditahan polis.

Suspek warga tempatan berusia lewat 50-an ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sebuah rumah di Pandan Perdana, Kuala Lumpur, 2 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, polis turut merampas kayu yang digunakan semasa kejadian bersama pengunci stereng dan SUV Lexus.



“Semakan rekod mendapati suspek memiliki empat rekod lampu jenayah melibatkan kes ugutan jenayah dan mencederakan orang.

“Saringan ujian awal kencing turut dijalankan dan suspek didapati negatif dadah,” katanya.

Agus Salim berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324/ 506 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek sudah dijalankan di depan Majistret Mahkamah Kuala Selangor.

“Beliau (Majistret) membenarkan reman selama tiga hari ke atas lelaki tersebut. 

“Melalui siasatan terperinci yang dijalankan dan berdasarkan keterangan-keterangan yang diperoleh mendapati suspek positif terbabit dengan kejadian yang tular,” katanya.

Semalam, media melaporkan mangsa berusia 37 tahun dipukul dan diugut selepas membunyikan hon kerana kenderaan suspek menghalang laluan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here