Warga emas maut, telekung isteri dipercayai termasuk tayar motosikal

311

Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya cedera apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan selepas dipercayai telekung isteri termasuk di bahagian tayar dalam kejadian di Jalan Juasseh Terusan Seberang, Kuala Pilah, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kejadian pada jam kira-kira 7 malam itu melibatkan Yamaha 135 LC ditunggang lelaki berusia 64 tahun dan dibonceng isterinya berusia 60 tahun.

Berdasarkan siasatan awal, kedua-duanya dari arah rumah menghala ke masjid bagi menunaikan solat Maghrib.



“Apabila sampai di lokasi, telekung pembonceng dipercayai termasuk di bahagian tayar belakang lalu motosikal tersebut hilang kawalan sebelum terjatuh.

“Akibatnya, penunggang dan pembonceng dibawa ke Hospital Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Pada jam 3.53 pagi tadi pihaknya dimaklumkan oleh Unit Forensik HTAN Kuala Pilah, penunggang motosikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah.

Pembonceng mengalami kecederaan di bahagian muka, bibir berjahit dan patah beberapa batang gigi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here