Zeekr 007 terima tempahan 20,000 unit dalam tempoh 48 jam

536

Dalam tempoh 48 jam, Zeekr menerima tempahan 20,000 unit model elektrik (EV) 007 menerusi sesi pra jualan di Pameran Auto Guangzhou Auto Show, baru-baru ini.

Pelancaran rasmi dan penghantaran Zeekr 007 dijadualkan pada awal 2024 dan harga jualan bermula dari CNY 229,900 (RM150,360). 



Zeekr 007 merupakan sedan saiz pertengahan yang memiliki panjang 4,865mm, lebar (1,900mm) dan tinggi (1,450mm) serta jarak roda 2,928mm.

Reka bentuk 007 adalah berdasarkan bahasa Hidden Energy yang mengetengahkan rekaan mewah minimalis.

Zeekr Stargate

Panel depan LED Stargate sepanjang 90-inci terdiri daripada 1,711 manik lampu LED berkuasa tinggi dengan kecerahan maksimum 10,000-nit.

Zeekr 007 menggunakan rim multi jejari dwi-warna dan tayar Michelin Pilot Sport EV bersaiz 255/40 R20.

Pelanggan boleh memilih dua pilihan pacuan iaitu:

  • Pacuan dua roda : Motor belakang silikon karbida (SiC) 310kW | pecutan 0-100kmj – 5.4 saat
  • Pacuan empat roda : Motor depan SiC 165kW dan belakang 310kW | pecutan 0-100kmj – 2.84 saat

Versi Standard menawarkan perbatuan sejauh 688km dan Ultra Long Range pula sejauh 870km yang masing-masing menggunakan bateri litium ternary dan pek bateri litium besi fosfat dibekalkan oleh usaha sama CATL-Geely dan Quzhou Jidian Electric Vehicle Technology. 

Sebagai tambahan, kesemua siri dilengkapi dengan platform pengecas 800V yang boleh menambah julat jarak pemanduan kepada 610km dengan hanya 15 minit pengecasan.

EV itu juga dibekalkan dengan satu lidar, 12 kamera definisi tinggi, radar gelombang lima milimeter, dan 12 radar ultrasonik serta cip NVIDIA Orin X bagi bantuan pemanduan termaju.

Kabin didatangkan standard dengan cip Qualcomm Snapdragon 8295, AR-HUD bersaiz 35.5-inci, skrin kawalan OLED 15-inci dan kerusi kemasan kulit Nappa serta pencahayaan ambien dan bumbung suria.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here