Inilah Omada E5: EV pertama Chery Malaysia, lancar tahun depan?

592

Seperti laporan Motoqar sebelum ini, Chery Malaysia akhirnya membawa masuk kenderaan elektrik di Malaysia iaitu Omoda E5.

 Namun ia bukan dilancarkan, tetapi hanya pratonton kepada media tempatan dan pengedar Chery di Malaysia. Bila ia akan dilancarkan, maklumat itu ada dalam artikel ini.



Ini adalah kenderan elektrik pertama jenama Chery yang akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia. 

Omoda E5 memasuki pasaran Malaysia untuk meraih peluang dalam pasaran yang berpotensi tinggi sebagai langkah kemasukan Chery ke dalam sektor mobiliti hijau Malaysia.

Kenderaan elektrik itu menggunakan tenaga yang sangat rendah hanya 15 kWh/100 km dan jangkauan jarak pemanduan mencecah 450 km.

Dari segi reka bentuk, ia kelihatan sama dengan Omoda 5 yang menggunakan versi enjin pembakaran biasa. Cuma memiliki grill yang tidak mempunyai lubang angin. 

Apa yang bezanya dengan kenderaan menggunakan enjin, Omoda E5 memiliki motor elektrik tunggal pacuan roda hadapan dengan memiliki kapasiti bateri 61kWh. Ia memiliki kuasa 201hp dengan tork setinggi 340Nm.

Sekali cas, ia boleh dipandu sejauh 430km dengan kitaran WLTC dengan kelajuan maksimum hanya 170km/j. Pecutan 0-100km/j hanya 7.6 saat. 

Dari segi keselamatan, kenderaan itu menerima penafaran lima bintang NCAP selepas dilengkapi enam beg udara serta dilengkapi ciri ADAS Tahap 2.5.

Bahagian dalam dipadan dengan skrin lengkung bersaiz 24.6 inci yang menggabungkan meter kluster dan sistem infotaimen. 

Apa yang dimaklumkan, Omoda E5 ini akan dilancarkan pada Mac tahun depan. Harap bertenang, harga belum diumumkan lagi!

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here