Lamborghini ambil masa 435 jam siapkan Revuelto Opera Unica

157

Lamborghini Revuelto Opera Unica debut pada Art Basel Miami Beach 2023, baru-baru ini.

Pengeluar supercar itu memerlukan 435 jam untuk menyiapkannya manakala bahagian kabin pula mengambil masa 220 jam.



Untuk projek tersebut, Lamborghini menampilkan gabungan warna ungu dan hitam khususnya, Viola Pasifae dan Nero Helene serta padanan grafik jalur warna merah, biru dan warna lain.

Kabin pula dipadankan dengan dua rona warna hitam dan ungu, Viola Acutus dan Nero Ade yang menggabungkan tema serupa dengan coretan warna hangat dan sejuk.

Terdapat logo ulang tahun ke-60 yang dicantumkan pada bumbung, pintu dan perehat kepala. Lamborghini juga secara khusus memilih sapuan berus berwarna-warni pada penutup punat start/stop

“Kami mahu mencipta sesuatu yang artistik menggunakan berus dan gabungan warna, seolah-olah Revuelto adalah kanvas.

“Itulah yang menyemarakkan inspirasi kami untuk livery istimewa ini. Dengan bahagian luar dicat tangan yang mana menekankan aerodinamik dan kelajuan kereta,” kata Pengarah Reka Bentuk Lamborghini, Mitja Borkert.

Di belakang, tersimpannya enjin 6.5-liter V12 yang menghasilkan kuasa 1,001hp dan pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 2.6 saat dengan kelajuan maksimum 349kmj.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here