Stellantis akan guna teknologi pertukaran bateri EV, tidak perlu lagi menunggu

225

Stellantis, pengeluar kereta keempat terbesar dunia mengikut volum mengumumkan kerjasama dengan syarikat California, Ample bagi memanfaatkan teknologi Penukaran Bateri Modular untuk kenderaan elektrik (EV) Stellantis, masa depan. 

Kedua-dua syarikat mengumumkan kerjasama tersebut minggu lalu yang mana penukaran kepada bateri penuh hanya mengambil masa kurang dari lima minit.



Sistem sedemikian popular di China bagi segmen roda dua. Bagaimanapun, pengeluar EV China, Nio telah menawarkan penukaran bateri untuk kenderaannya sejak 2019.

Nio kini mendakwa sebagai pengendali teknologi penukaran bateri terbesar di dunia dengan lebih 32 juta pertukaran bateri di lebih 2,100 stesen.

Untuk itu, pengeluar EV Nio dan Stellantis akan menguji teknologi itu di Madrid, Sepanyol pada 2024 menggunakan 100 unit Fiat 500e EV yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan perkongsian kereta Free2move. 

“Usahasama dengan Ample ialah satu lagi contoh Stellantis meneroka peluang yang membolehkan kebebasan mobiliti untuk pelanggan EV kami,” kata Naib Presiden Kanan Unit Perniagaan Pengecasan dan Tenaga Stellantis, Ricardo Stamatti. 

Penyelesaian Penukaran Bateri Modular Ample tersebut juga berpeluang menawarkan pelanggan Stellantis kecekapan tenaga yang lebih besar, prestasi cemerlang dan kebimbangan jarak jauh yang lebih rendah.

Bateri modular drop-in Ample boleh dipasang pada semua jenis EV dan berfungsi sebagai kaedah pengecasan semula alternatif yang pantas dan mudah seperti pengalaman mengisi minyak. 

Ample menyatakan stesen penukaran bateri ringan miliknya boleh digunakan di kawasan awam dalam masa tiga hari, membolehkan penskalaan infrastruktur yang pesat untuk memenuhi permintaan EV.

Apabila EV menghampiri stesen Ample, sistem akan langsung mengecam kenderaan yang membolehkan pemandu meletak kereta di dalam dan memulakan pertukaran bateri melalui  aplikasi mudah alih.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here