Utama Berita Automotif Melaka laksana garisan jalan ‘glow in the dark’ di tiga kawasan kemalangan

Melaka laksana garisan jalan ‘glow in the dark’ di tiga kawasan kemalangan

166
Penggunaan garisan jalan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) dilaksanakan di tiga jalan di Melaka, yang dikenalpasti kawasan sering berlaku kemalangan akibat jalan gelap dan ancaman binatang liar.
 
 
Tiga jalan tersebut adalah:
  • Jalan Kemuning-Hutan Percha di daerah Alor Gajah
  • Jalan Tehel-Bukit Katil di derah Jasin
  • Jalan Bemban-Serkam di derah Jasin
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata ia merupakan projek perintis, dengan tempoh enam bulan ditetapkan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan, khususnya daripada kes kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.
 
 
Di samping itu, lokasi tersebut dipilih kerana tiada langsung sumber pencahayaan termasuk daripada lampu di kawasan perumahan atau kedai berhampiran jalan berkenaan.
 
“Penggunaan garisan glow in the dark bukan bertujuan menerangkan jalan, sebaliknya menjadi panduan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut,” katanya. 
 
Setiap garisan jalan berkenaan diwarnakan bercahaya dalam gelap sepanjang kira-kira 300 meter, terutama di kawasan khusus yang dikenalpasti sering berlaku kemalangan.
 
Katanya, sekiranya projek perintis tersebut berjaya membantu mengurangkan kemalangan jalan raya, penggunaan garisan jalan seperti itu akan diperluaskan ke jalan lain yang berisiko seluruh Melaka.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here