‘Bandar hari kiamat’ sediakan bunker mewah lengkap gimnasium dan pawagam

327

Sebuah ‘bandar hari kiamat’ di negeri Dakota Selatan dibuka untuk tempahan bagi mereka yang ingin hidup di dalam kubu bawah tanah (bunker) mewah ketika dunia berada dalam keadaan kacau-bilau, lapor akhbar The Sun.

Terletak di kawasan pergunungan Black Hills, projek dikenali sebagai Vivos itu boleh menempatkan sehingga 10,000 orang di dalam 575 bunker.



Ia merupakan bekas tapak pangkalan tentera seluas 28.9km yang pernah digunakan untuk menyimpan bom dan senjata dari 1942 hingga 1967.
 

“Kesan daripada ancaman pandemik Covid-19, perang Ukraine serta risiko Perang Dunia Ketiga meletus dari Russia hingga ke China dan Asia Barat menyebabkan  permintaan untuk pemilikan bunker Vivos berkembang pantas.

“Kita hidup dalam tempoh masa yang sangat berbahaya. Justeru, adalah menjadi satu keperluan untuk mempunyai penyelesaian perlindungan jaminan hayat,” kata Pengarah Eksekutif Vivos, Dante Vicino.

Bunker moden tersebut menawarkan pelbagai keperluan menyerupai perbandaran termasuk gimnasium dan pawagam, manakala unit sewaan pula dilengkapi dengan perabot asas termasuk sofa, meja kopi, dapur, peti sejuk, mesin basuh dan meja makan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here