Cari penutup tangki guna pemetik api, pemuda ini cetuskan kebakaran di stesen minyak

195

Seorang pemandu Rusia mencetuskan kebakaran di stesen minyak gara-gara mencari penutup tangki minyak keretanya menggunakan pemetik api.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak di Sredneuralsk, wilayah Sverdlovsk,  menunjukkan pemandu menggunakan pemetik api ketika dia meraba-raba untuk mendapatkan penutup petrol sekaligus menyebabkan kebakaran pada pam tersebut.



Dia kemudian bergegas mengeluarkan penumpang dari kenderaannya lalu masuk semula ke dalam kenderaan yang terbakar dan mengalihkannya jauh dari pam minyak.

Laporan tempatan menyatakan lelaki itu kemudian memberhentikan kereta dan kakitangan stesen minyak segera memadamkan kebakaran. 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu melibatkan kemalangan jiwa dan identiti mangsa tidak dikenalpasti. 

Ia merupakan insiden kedua kebakaran stesen minyak di Rusia tahun ini. Pada awal Ogos, satu letupan besar berlaku di Makhachkala, selatan Dagestan. Lebih 30 mangsa terbunuh dan 105 orang cedera.

Siasatan jenayah ke atas letupan itu kemudiannya dilancarkan, dengan pampasan ditawarkan kepada mereka yang cedera dan keluarga mangsa yang meninggal dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here