Informasi model baharu BYD Yuan UP ‘bocor’

220

Kereta elektrik (EV) baharu BYD Yuan UP bocor di China. SUV kompak dengan panjang 4.3 meter itu bakal didedahkan separuh pertama 2024.

Di China, setiap kereta perlu mendapat kelulusan pengawal selia sebelum dikeluarkan ke pasaran.



Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) bertanggungjawab dalam urusan berkenaan dan menerbitkan senarai kenderaan yang melalui proses homologasi.

Dalam kes ini, BYD tidak gembira kerana pihak tersebut mendedahkan gambar dan spesifikasi utama kereta yang masih belum diumumkan secara rasmi.

Model itu juga khabarnya bakal bersaing dengan versi lebih murah Tesla akan datang yang bakal di pasang di Giga Shanghai, China dan Berlin, Jerman.

BYD Yuan UP merupakan SUV lima kerusi dengan panjang 4,310mm, lebar 1,830mm dan panjang 1,675mm serta jarak roda 2,620mm.

Ia didatangkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu :

  • Motor 70 kW (model TZ180XSF)
  • Motor 130 kW (TZ200XSW)

Manakala, berat jentera masing-masing adalah 1,430kg dan 1,540kg dengan kelajuan maksimum 160kmj.

Yuan UP dinamakan sempena maharaja China yang terkenal dan menggunakan reka bentuk sama dengan Song L yang baru dilancarkan.

EV ini didatangkan dengan bumbung suria/panorama dan spoiler sporty serta rim bersaiz 16-inci dan 17-inci.

Yuan UP ialah EV terkecil daripada keluarga Yuan yang terdiri daripada Yuan Plus (juga dikenali sebagai Atto 3) dan Yuan Pro.

SUV kompak itu berkemungkinan akan dilancarkan dengan tanda harga di bawah CNY100,000 (RM65,219) mengambilkira versi lebih besar Yuan Pro (70kW) yang dijual pada harga mula CNY95,800 (RM62,480).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here